Wednesday, 9 September 2015

APA YANG DIKATAKAN GEJALA SOSIAL


 



GEJALA SOSIAL


Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, gejala tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda manakala sosial segala yg berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan.


Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara.


Gejala sosial negatif ini akan membentuk satu pandangan serong terhadap pelaku. Namun disebalik setiap satu perkara ada penyebab dan ada cara penyelesaian yang perlu diketahui, agar  kita menjadi warga prihatin. Gejala sosial ini adalah cantara cabaran pendidikan masa kini.  Fokus utama dalam pendidikan kerana memberi impak besar dalam menerajui sistem pendidikan berkualiti di mana kebanyakan remaja yang terlibat tidak akan bersekolah atau apabila ke sekolah atau ke institusi pengajian tinggi banyak masalah yang akan dihadapi oleh semua pihak dan memberi kesan terhadap pembangunan negara. 


Isu ini agak berat untuk diperkatakan namun jika kerjasama semua pihak anak-anak remaja akan terdidik dengan amalan moral dan agama yang baik. Penularan Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia masa kini.


 
 
 JENIS-JENIS GEJALA SOSIAL

 
Pengelasan Gejala Sosial kepada tiga iaitu

i.kesalahan jenayah,
ii. kesalahan gangsterisme,
 iii. kurang sopan dan biadap.

Pelbagai kes jenayah yang berlaku turut melibatkan kes Juvana antaranya ;
  • Kes curi kenderaan
  • Pecah rumah malam
  • Samun
  • Rogol
  • Mendatangkan kecederaan.

perbandingan antara jenis kesalahan jenayah dan gengeterisme.

PUNCA GEJALA SOSIAL
RINGKASAN PUNCA GEJALA SOSIAL


Punca Gejala Sosial.

Terdapat pendapat yang menyatakan murid sekolah terutama yang berada pada peringkat perlaihan remaja di peringkat ini mereka mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubhaan fizikal dan emosi dan mencari identiti diri sebagai faktor penyumbang kepada gejala tidak sihat atau lebih dikenali sebagai gejala sosial.

Globalisasi seiring dengan  modensisasi. Dalam era permodenan ini masyarakat lebih mementingkan prestij dan kemewahan. Mereka menjadi semakin individualistik, materialistik dan berciti-cita tingggi dan kompetitif.

Keruntuhan Institusi keluarga, kurangnya kasih sayang akibat dari lebih mementingkan kerjaya dan wang. Menyebabkan tanggungjawab terabai terhadap anak-anak di rumah terutama dalam didikan agama dan nilai-nilai moral. Penceraian dan pergaduhan menyebabkan emosi anak-anak terganggu dan terlibat dengan perkara yang tidak sihat.

Faktor rakan sebaya lebih kuat memandangkan tiada ruang untuk anak-anak meluahkan perasaan dan bersama mengisi masa lapang. Pendekatan yang paling mudah bagi anak-anak terutama remaja mendekati rakan-rakan.

Selain itu, persekitaran masyarakat yang tidak ambil peduli dan dikatakan lebih menjaga tepi kain orang menyebabkan penularan gejala sosial ini. Peranan media massa amat besar kerana masa yang banyak mereka gunakan untuk mencari keseronokan terutama media elektronik menyebabkan mereka terdedah dengan filem ganas dan lucah tidak sesuai dengan norma masyarakat dan budaya timur.

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang. Melalui kemudahan internet umpamanya mudah mengakses pelbagai maklumat dan dari maklumat tersebut dijadikan sebagai trend masa kini seperti tattoo, warna rambut, fesyen rambut dan sebagainya. Termasuklah perkenalan melalui internet sehingga mengakibatkan pergaulan bebas.

Sikap individu yang tidak dapat mnegawal nafsu, tidak mendengar nasihat dan suka kepada hidup tanpa batas dan lebih berfiya-foya.


Turutan Gejala Sosial yang amat membimbangkan.



Kesan dan akibat gejala sosial.

Kesan Negatif

Kesan kepada individu, menjadikan kehidupan mereka sia-sia sahaja, dipandang serong oleh masyarakat, masa terbuang dengan perkara tidak berfaedah dan sis-sia. Kemundurun dalam pelajaran, ponteng kelas, terpesong dengan pegangan hidup.

Menjejaskan Negara kerana remaja tonggak masa depan Negara. Hilang tenaga muda. Dipandang serong. Kos perbelanjaan yang tinggi apabila berlaku kerosakan dan pusat pemulihan akhlak bagi pelaku gejala sosial seperti penagihan dadah.

Kesan kepada masyarakat, wujud ketidakselesaan dan ketenteramaan hidup yang dahulu harmoni. Menyusahkan orang awam. Masa rehat maysarakat terganggu. Menggangu masyarakat dengan bunyi bising seperti kenderaan bermotor melakukan rempit. Masyarakat bertambah bimbang dengan ancaman keselamatan.

Keruntuhan nilai agama, yang telah dipelajari. Agama akan dipandang serong oleh masyarakat lain.

TANGANI GEJALA SOSIAL



Gejala Sosial ini boleh ditangani sekirannya didikan dan perhatian dari pelbagai pihak.
  • Peranan ibu bapa sepeti memebri kasih sayang, didikan agama di rumah, mengawasi pergerakan anak. Mengenali rakan pergaulan anak-anak. Masa diluagkan bersama.

  • Peranan Ahli Masyarakat seperti mengambil peduli persekitaran mereka. Mengenali ahli masyarakat terdekat. memberi sokongan moral pada aktiviti-aktiviti berfaedah.

  • Pendekataan Akademik seperti aktiviti kokurikulum, perubahan teknik pengajaran, mempelbagaikan cara pembelajaran anak-anak, teknik penagajaran luar kelas.

  • Pendidikan Agama di rumah, di sekolah dan istitusi dakwah dan program Jabatan Agama Islam.

  • Peruntukkan undang-undang di sekolah untuk mendisiplikan anak-anak. Menerima teguran guru dengan membina.

  • Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Merujuk masalah murid yang berpotensi ke arah gejala sosial kepada pihak polis.
Rujukan

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-media-sosial-kesal-gejala-buli-semakin-berleluasa-37262
http://eprints.ums.edu.my/3249/
http://masjidjameksabakbernam.blogspot.my/2010/07/masalah-remaja.html
https://www.youtube.com/watch?v=nNGZyc_VyVk
http://nidaspecialeducation2.blogspot.my/2012/08/gejala-sosial_1493.html
http://thecoolimages.net/gejala+sosial
http://groupbudaknakal.blogspot.my/2010/08/gejala-sosial-pengkid.html
http://apps.ump.edu.my/online/media/all_bm.jsp?tahun_cur=2011&bulanx=JAN 
Syed Ismail Syed Mustapa,Ahmad Supki Miskon(2013).Guru dan Cabaran Semasa.(Cetakan Kedua).Selangor.Penerbitan-Multimedia.com
Modul EDU3093(2013).PPG


1 comment:

  1. penularan gejala tidak sihat dikalangan remaja amat menyedihkan dan membimbangkan. wahai anak-anak bakal generasi pemimpin dan peneraju negara ke arah era modenisasi dan globalisasi..

    ReplyDelete